Tuesday, 19 November 2013

Progress 2: Kemasukan Anak Ayam Kg (Komersial) Batch 1 (01 Nov 2013)

Alhamdulillah... setelah broder siap.. tanpa membuang masa aku terus berusaha dapatkan benih ayam kg komersial yg baik dgn harga yg berpatutan.. Slps survey sana sini, akhirnya aku mendapat pembekal anak aym kg komersial di Sg Buloh. Pembelian adalah sbyk 200 ekor dan 1 bag dedak starter.
Tu dia.. anak ayg telah berkampung dlm broder.. jumlah anak ayam pada setiap broder adalah 100ekor. Nampak mcm sedikit kan.. Org kata broder aku boleh muat masuk sehingga 200 ekor.. tapi tak apa laa.. ni kan 1st trial aku.. better maintain dua broder...
 Ini lah gambar anak ayam yang baru berusia 2 hari di dlm broder.. nampak mcm banyak space jer broder aku ni.. rugi pulak x masuk kan semua 200 ekor dalam satu broder jer.. tp x apa laa.. Dimaklumkan oleh bapak aku, pada hari pertama dah ada 1ekor anak ayam mati. punca kematian x dpt di kenal pasti. mungkin sbb travel jauh sgt kot dari sg buloh ke dengkil.
So begini lah keadaan kedua2 reban anak ayam kg aku yg sudah berisi dgn penghuninya. Mudah2an anak2 ayam ni membesar dengan sihat dan mendapat permintaan pasaran yang memuaskan.. Insyaallah...

Selepas 15hari/2minggu.. begini la keadaan size anak ayam tersebut.. Berkat kesungguhan dan ketekunan bapak aku yang tanpa penat lelah menjaga, memantau dan memberi makan minum ayam2 tersebut setiap hari. Yang paling best nye sampai nak menangis.. habis sudah dedak starter 50kg utk 200ekor dalam tempoh 2 minggu. Bapak aku pun dah bising2 suruh beli dedak lagi. Tp aku tak terus beli bedak kerana bg aku mungkin ada kesilapan semasa bapak aku memberikan mknn anak ayam tu. mungkin dossage dia x betul sbb mengikut info yg aku dpt, anak ayam dgn kuantiti 200ekor hanya makan setengah bag dedak shj dlm tempoh 3minggu.. tp skrg ni dah 1 bag abis walau x sampai 3minggu lg.. So aku kena explain lebih teperinci berkenaan costing pd bapak aku supaya dia lebih jelas dan boleh control pemakanan ayam tersebut.
Oleh kerana aku masih baru dalam dunia ternakan ni, aku terbatas dengan maklumat pembekal2 makanan ayam kg yg ada di pasaran.. Namun, aku x putus asa, aku cari otai2 ayam dan akhirnya atas nasihat daripada otai2 yg telah aku jumpa.. dedak2 tu boleh di dapati di Banting, ada lebih kurang 3 kedai.. ataupun boleh terus pegi ke kilang membuat dedak di Morib (berhadapan gold coast). Aku pun apa lagi, tanpa membuang masa, bawak anak bini aku sekali terus drive ke kilang CP tu........ sampai shj di Kilang CP, pegawai yg in-charge pulak tak datang kerja... Adoaiiii.... Terpaksalah beli di kedai yg terletak di Banting dengan harga RM20 lebih mahal.. apa nak buat.. Anggaplah ianya pengajaran utk masa depan nnt..

No comments:

Post a Comment