Tuesday, 19 November 2013

Bermulanya Dunia Penternakan

Salam semua,
Sudah pasti, anda adalah salah seorang penternak, pembeli, penjual, pelabur atau peminat dalam industri ayam kampung, tak kira samaada ianya ayam kg komersial (kacukan) atau original.

Tujuan blog ni di buat adlaah utk berkongsi apa jua maklumat berkaitan dengan ternakan ayam samaada ianya maklumat yg boleh kita pelajari atau kita kongsikan bersama.

Seterusnya, saya nak update di sini status penternakan saya.. Saya sebenarnya baru berjinak dalam industri ternakan ayam kampung secara separuh masa di mana saya bekerja di sebuah syarikat swasta di KL.
Tapi, kenapa perlu ternak ayam kg sedangkan saya kerja di KL? Tak ada ker bisnes prospect yg lain selain dari ayam kg ni?
Ok sebenarnya.. bapa saya di Kg. ada membela ayam kg asli di belakang rumah dan biasanya ayam kg tersebut habis utk stok makin sendiri kami sekeluarga. Dalam keadaan bapak saya yang tiada pekerjaan dan terbatas pergerakannya dek kerana strok yang melanda dirinya dua tahun lalu. Jadi saya pun membuat keputusan untuk membantu beliau dalam industri ternak ayam kg secara kecil-kecilan dan mudah2an ianya kan bertambah besar dan maju seperti pengusaha2 yang berada di luar sana. Amin..

Setelah mendapat persetujuan dari kedua org tua saya, saya pun nekad untuk menjalankan projek ternakan ini tanpa menoleh kebelakang lagi. Biarlah apa jua risiko yang berlaku dimasa hadapan nanti akan ku tempuhi kerana org ada kata kalau takut pada risiko kerugian atau kehilangan memang tak ke mana masa depan kita melainkan hanya bergantung pada orang shj iaitu dgn kerja makan gaji.

Jadi apa yg sy nak share di sini hanyalah progress2 projek ternak ayam Kg yang sedang di jalankan ini dan juga masaalah2 yg di hadapi utk kita pelajari sesama.

Ini pertama kali saya buat Blog, saya x tahu menahu view dia nnt mcm mana.. Boleh x saya stop di sini dulu sbb saya nak preview keadaan blog saya dahulu.. Ok. nnt sambung lg.

No comments:

Post a Comment