Alhamdulillah... setelah broder siap.. tanpa membuang masa aku terus berusaha dapatkan benih ayam kg komersial yg baik dgn harga yg berpatutan.. Slps survey sana sini, akhirnya aku mendapat pembekal anak aym kg komersial di Sg Buloh. Pembelian adalah sbyk 200 ekor dan 1 bag dedak starter.
Tu dia.. anak ayg telah berkampung dlm broder.. jumlah anak ayam pada setiap broder adalah 100ekor. Nampak mcm sedikit kan.. Org kata broder aku boleh muat masuk sehingga 200 ekor.. tapi tak apa laa.. ni kan 1st trial aku.. better maintain dua broder...
Ini lah gambar anak ayam yang baru berusia 2 hari di dlm broder.. nampak mcm banyak space jer broder aku ni.. rugi pulak x masuk kan semua 200 ekor dalam satu broder jer.. tp x apa laa.. Dimaklumkan oleh bapak aku, pada hari pertama dah ada 1ekor anak ayam mati. punca kematian x dpt di kenal pasti. mungkin sbb travel jauh sgt kot dari sg buloh ke dengkil.
So begini lah keadaan kedua2 reban anak ayam kg aku yg sudah berisi dgn penghuninya. Mudah2an anak2 ayam ni membesar dengan sihat dan mendapat permintaan pasaran yang memuaskan.. Insyaallah...
Selepas 15hari/2minggu.. begini la keadaan size anak ayam tersebut.. Berkat kesungguhan dan ketekunan bapak aku yang tanpa penat lelah menjaga, memantau dan memberi makan minum ayam2 tersebut setiap hari. Yang paling best nye sampai nak menangis.. habis sudah dedak starter 50kg utk 200ekor dalam tempoh 2 minggu. Bapak aku pun dah bising2 suruh beli dedak lagi. Tp aku tak terus beli bedak kerana bg aku mungkin ada kesilapan semasa bapak aku memberikan mknn anak ayam tu. mungkin dossage dia x betul sbb mengikut info yg aku dpt, anak ayam dgn kuantiti 200ekor hanya makan setengah bag dedak shj dlm tempoh 3minggu.. tp skrg ni dah 1 bag abis walau x sampai 3minggu lg.. So aku kena explain lebih teperinci berkenaan costing pd bapak aku supaya dia lebih jelas dan boleh control pemakanan ayam tersebut.
Oleh kerana aku masih baru dalam dunia ternakan ni, aku terbatas dengan maklumat pembekal2 makanan ayam kg yg ada di pasaran.. Namun, aku x putus asa, aku cari otai2 ayam dan akhirnya atas nasihat daripada otai2 yg telah aku jumpa.. dedak2 tu boleh di dapati di Banting, ada lebih kurang 3 kedai.. ataupun boleh terus pegi ke kilang membuat dedak di Morib (berhadapan gold coast). Aku pun apa lagi, tanpa membuang masa, bawak anak bini aku sekali terus drive ke kilang CP tu........ sampai shj di Kilang CP, pegawai yg in-charge pulak tak datang kerja... Adoaiiii.... Terpaksalah beli di kedai yg terletak di Banting dengan harga RM20 lebih mahal.. apa nak buat.. Anggaplah ianya pengajaran utk masa depan nnt..
Tuesday, 19 November 2013
Progress 1 - Kerja2 Membuat Broder (27Oktober 2013)
Inilah keadaan reban untuk anak ayam kecil (broder) yang sedang dlm progress.. Ini idea dari bapak aku, kita menggunakan kayu2 2nd hand yang ada di rumah.. yang panjang sgt kita potong pendek, kalau yg x cukup panjang kita sambung supaya cukup panjang.. yg bestnya tu.. lantai reban ayam ni kita guna lantai kantil single bed... hahaaa... memang terbaik la idea bapak aku.. janji boleh.. sebelah tu adalah picture reban yg dah siap.. kita plan nak buat dua broder dgn kapasiti dalam 100-150 ekor setiap broder tu..
Ok.. ini lah picture broder yang dah 100% siap.. walaupun nampak x sempurna.. tapi boleh laa.. sbb kitaorg byk menggunakan barang2 yg ada di sekeliling kita.. zink pun cari kat umh org (4keping-RM20), then dinding2 rumah, papan, tikar getah yg org x pakai kita rembat slps mendapat keizinan dari tuan rumah... Alhamdulillah kos beli barang mmg x ada kecuali beli paku jer dan upah menukang oleh org indonesia (sehari rm70). Masa yg diperlukan utk buat 2 buah broder ini adalah 3 hari, lama kan? Ianya lama sbb masa yg diambil utk cari2 kayu.. adjust balik kayu2 tu.. dan mcm2 lg.. Arkitek dia adlh bapak aku.. huhuu...
Kasih ibu pada anak dia... ini adalah antara induk ayam kg asli yang bapak aku ada. Mengikut pada cencus yang di jalankan oleh aku sendiri.. Semua induk ayam kg asli ada 11 ekor.. dan ayam jantan ada sebanyak 3 ekor.. so productivity induk2 ini memang alhamdulillah..

Bermulanya Dunia Penternakan
Salam semua,
Sudah pasti, anda adalah salah seorang penternak, pembeli, penjual, pelabur atau peminat dalam industri ayam kampung, tak kira samaada ianya ayam kg komersial (kacukan) atau original.
Tujuan blog ni di buat adlaah utk berkongsi apa jua maklumat berkaitan dengan ternakan ayam samaada ianya maklumat yg boleh kita pelajari atau kita kongsikan bersama.
Seterusnya, saya nak update di sini status penternakan saya.. Saya sebenarnya baru berjinak dalam industri ternakan ayam kampung secara separuh masa di mana saya bekerja di sebuah syarikat swasta di KL.
Tapi, kenapa perlu ternak ayam kg sedangkan saya kerja di KL? Tak ada ker bisnes prospect yg lain selain dari ayam kg ni?
Ok sebenarnya.. bapa saya di Kg. ada membela ayam kg asli di belakang rumah dan biasanya ayam kg tersebut habis utk stok makin sendiri kami sekeluarga. Dalam keadaan bapak saya yang tiada pekerjaan dan terbatas pergerakannya dek kerana strok yang melanda dirinya dua tahun lalu. Jadi saya pun membuat keputusan untuk membantu beliau dalam industri ternak ayam kg secara kecil-kecilan dan mudah2an ianya kan bertambah besar dan maju seperti pengusaha2 yang berada di luar sana. Amin..
Setelah mendapat persetujuan dari kedua org tua saya, saya pun nekad untuk menjalankan projek ternakan ini tanpa menoleh kebelakang lagi. Biarlah apa jua risiko yang berlaku dimasa hadapan nanti akan ku tempuhi kerana org ada kata kalau takut pada risiko kerugian atau kehilangan memang tak ke mana masa depan kita melainkan hanya bergantung pada orang shj iaitu dgn kerja makan gaji.
Jadi apa yg sy nak share di sini hanyalah progress2 projek ternak ayam Kg yang sedang di jalankan ini dan juga masaalah2 yg di hadapi utk kita pelajari sesama.
Ini pertama kali saya buat Blog, saya x tahu menahu view dia nnt mcm mana.. Boleh x saya stop di sini dulu sbb saya nak preview keadaan blog saya dahulu.. Ok. nnt sambung lg.

Subscribe to:
Posts (Atom)